Kekawanku
About Me
- Ainie Imani
- Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
- Saya anakanda to ayahbonda,isteri kepada suami dan bonda kepada anakanda saya. Nampak senyap, tapi suka berkawan. Hidup senang hati
Friday, 21 December 2012
Zahran Imani persiapan masuk sekolah 2013
Salam semua. Dah lama saya tak online berblogging.
Sangat sibuk dengan ada nya Baby baru ni.
Ok Ani nak cerita tentang anak sulong.
Zahran akan ke sekolah tahun depan pada 2/1/2013
Alhamdulillah, Zahran akan masuk ke Tadika Kemas.
Walaupun baru nak masuk 5 tahun, tapi perlu pendedahan untuk ke sekolah seawal ini.
Tiada persiapan yang over di buat.
Syukur sangat-sangat. Kakak saya Fuza telah menghadiahkan beberapa kelengkapan sekolah untuk anak sedara dia ni. Untong lah Zahran.
Anak ke-3 Fuza pun akan ke sekolah tadika Aina namanya.
Nanti saya akan update lagi tentang Zahran masuk sekolah nanti
Wednesday, 5 December 2012
Dah cuti lama...Tak lama tak bertugas.. Hari ni mula kerja
Alhamdulillah...
Dah habis cuti berpantang.
Maka bermulalah tugasan harian seperti biasa
Saya dah bekerja di Sato Malaysia Electronics Manufacturing sdn bhd hampir masuk tahun ke 15..
Lama kan?
Selamat Bertugas semua...
Saturday, 24 November 2012
Dato Siti Cantik bertudung atau Sexy??
Siti sexy??
Hah walau apa pun dia pakai...lawa aje...
Ni gambo lama ni.
Apa pun suara dia memang tiada tandingan wat masa ni..
Kan cantik bila bertudung?? Berdakwah sambil menyanyi..dapat pahala Dato..
Saya sekadar bg pandangan aje..
Apa2 pun semua tu hak individu.
Kata orang kubur masing2..
Ahaks..
Friday, 23 November 2012
Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.
JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah.
Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:
Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.
Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)
Membaca surah al-Kahfi.
Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.
Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)
Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.
Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:
”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."
Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.
Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar.
Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.
Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.
Antara kepentingannya adalah:
Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam.
Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri.
Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”
Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya.
Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:
Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk.
Nabi bersabda bermaksud: ”Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)
Segera ke masjid dengan penuh ketenangan.
Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)
Wallahualam..^_^
Thursday, 22 November 2012
Sujud padaNYA
Jiwa
Tak Tenang ▬► Ambil Wuduk ▬► Sujud Pada Allah ▬► Berzikir / Membaca
al-Quran ▬► Air Mata Mengalir ▬► Berdoa ▬► InsyaAllah Hati Kembali
Tenang ♥
Ya Allah,
Friday, 2 November 2012
Tanggal pusat hari ke 6 kelahiran..
Tanggal pusat hari ke 6 kelahiran..
sikit je lagi nak tercabut |
dan akhirnya..selamat tercabut. Dia menangis lapar, coz br lepas bg mandi ni.. |
Hah..saje nak share..ni part yang di tunggu2.. Hehehe.. cabut pusat masa dalam pantang untuk baby.
Kata opah saya, kalau tercabut dalam tempoh 7 hari, baik budaknya..
Kalau lebih dari 7 hari..agak degil budaknya
Yeke? entah..saya pun tak pasti.
Alhamdulillah, bagi anak saya, pada hari ke 6 kelahiran dah selamat tercabut dengan sendirinya pusat nya. Petang hari Jumaat pulak tu,..
Moga anakanda menjadi anak yang soleh dan beriman.
Amiin
Saturday, 6 October 2012
Alhamdulillah..putera ke2 dilahirkan 5/10/2012
Alhamdulillah...selamat semuanya
Salam October kepada semua pembaca. Dah lama saya tak update blog. Dah sarat2..memang tak larat. Mana pulak asik kena ke hospital je. Yelah..patutnya due date 29/9, tapi bb tak juga nak keluar.
Semalam, seawal pagi..saya dah bersiap untuk ke Hospital Sg Buloh kerana ada appointment dengan Pakar. Katanya saya perlu induce kerana pada hari ini 5/10/2012 genaplah 40minggu, 6hari usia kandungan saya.
Namun..pada pukul 9am..sebelum ke hospital, saya dah mula rasa contraction yang kerap. Agak yakin..mungkin ini tanda2 saya akan bersalin hari ini.
Singgah ke rumah emak untuk menghantar anak sulong saya..hah..betul!!! Tak syak lagi.. Dah ada tanda turun darah.
Terus bergegas ke hospital.
Alhamdulillah..dalam pukul 1tghari saya selamat melahirkan putera ke2, 3.41kg secara normal.
Friday, 7 September 2012
DOA NABI YUNUS
~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau,
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~
Rahsia DOA NABI YUNUS ini sangat2 besar maknanya. Amalkanlah setiap hari
tidak kira walau dalam keadaan kesenangan atau kesusahan. Sentiasa ucap
SYUKUR ALHAMDULILLAH nikmat ALLAH SWT berikan walaupun ianya hanya
sekeping roti. Allah SWT amat sayang pada hamba-Nya yang sentiasa
BERSYUKUR dan bukan MERUNGUT.
Thursday, 6 September 2012
Kehamilan Bayi Songsang. Doakan moga dipermudahkan bagi saya.
Selamat Hari Raya, Salam Kemerdekaan..dan Salam Sejahtera semua.
Dah lama tak berborak berkongsi entry. Bukan tak sudi, tapi untuk pengetahuan semua..saya sekarang ni sarat mengandungkan anak ke-2. Alhamdulillah..dah masuk minggu ke 38 pada 6/9/2012. Dah sarat ni.
Memang la tak sabar nak menantikan kehadiran si kecik ni. Segala persiapan saya dah buat sikit2. Tapi banyaknya guna barang2 anak sulong saya, Zahran kerana masih elok, tak membazir.
Pada ketika dan saat ini..saya dalam trauma. Doktor telah mengesahkan kedudukan bayi saya belum lagi berada di
kedudukan sebenar. Pendek kata dalam istilah perubatan, bayi masih
songsang atau dikenali dengan nama breech. Namun diingatkan, perkara ini
adalah normal, kerana selepas anak pertama, ruang dalam rahim, atau
ruang antara tulang pinggul lebih besar. Jadi, bayi dalam kandungan
(untuk anak kedua dan seterusnya) masih bebas bergerak dan berpusing.
Kata doktor tidak perlu bimbang kerana bayi atau janin masih boleh bergerak ke kedudukan sebenar di saat hampir bersalin.
Pada mulanya saya membuat pemeriksaan di Pusat Kesihatan Kelana Jaya. Tetapi apabila dah scan..dan kedudukan kepala bayi saya pada kedudukan pukul 3, maka Doktor hantarkan kes saya ke pakar di Hospital Sungai Buloh.
Gambar Hiasan dari Google.. Macam ni lebih kurang keadaan bayi saya yang dah masuk 37 minggu kehamilan. |
Esok 7/9/2012, adalah penentuannya. Sekiranya bayi saya masih tidak engage, maka minggu depan Doktor akan tetapkan tarikh untuk operation.
Minta jasa baik kawan2 blog semua mendoakan agar di permudahkan untuk saya agar saya dan bayi sihat..
FAKTA SAINS
Kelahiran songsang masih boleh berlaku
sekiranya bayi tidak berpusing, tetapi ia amat berisiko. Punca sebenar
masalah ini masih belum dikenalpasti. Namun antara yang berisiko adalah:
- ibu yang sudah beberapa kali bersalin, kerana rahim sudah bersifat anjal
- ukuran janin terlalu besar dengan tulang pinggul ibu
- pernah melahirkan bayi pra-matang atau tidak cukup bulan.
- kekurangan air ketuban di dalam rahim
- bentuk rahim yang tidak normal
- hamil dengan mengalami plasenta previa - kedudukan plasenta yang tidak normal, sehingga ada yang menutupi laluan atau bukaan pintu rahim
- hamil kembar, kemungkinan salah seorang sonsang atau keduanya, kerana kedua-dua cuba merebut peluang untuk berada di tempat sepatutnya
Wednesday, 5 September 2012
Kalender Ramalan Jantina Bayi Dalam Kandungan
The Chinese birth calendar is a fun way to predict your baby's gender before you go for an ultrasound. It is not a sure, full-proof way but undoubtedly a wacky way to find out if you are carrying a boy or a girl. (Accuracy lies somewhere between 95 - 99%!). The ancient Chinese chart was found buried in a tomb near Beijing for about 7 centuries with the original now in the Institute of Science in Beijing!
You simply have to cross-reference the month of conception with the age of the mother when she conceived. Check it out.. though treat this as fun even if you find the results amazingly accurate. (Welcomebabyhome.com does not guarantee the results!)
Jan | Feb | Mar | Apr | May | Jun | Jul | Aug | Sep | Oct | Nov | Dec | |
18 | G | B | G | B | B | B | B | B | B | B | B | B |
19 | B | G | B | G | G | B | B | G | B | B | G | G |
20 | G | B | G | B | B | B | B | B | B | G | B | B |
21 | B | G | G | G | G | G | G | G | G | G | G | G |
22 | G | B | B | G | B | G | G | B | G | G | G | G |
23 | B | B | B | G | B | B | G | G | G | B | B | G |
24 | B | G | G | B | B | G | B | G | B | B | G | B |
25 | G | B | G | B | G | B | G | B | G | B | B | B |
26 | B | B | B | B | B | G | B | G | G | B | G | G |
27 | G | G | B | B | G | B | G | G | B | G | B | B |
28 | B | B | B | G | G | B | G | B | G | G | B | G |
29 | G | B | G | G | B | G | G | B | G | B | G | G |
30 | B | B | G | B | G | B | B | B | B | B | B | B |
31 | B | B | B | B | G | G | B | G | B | G | G | G |
32 | B | G | G | B | G | B | B | G | B | B | G | B |
33 | G | B | B | G | G | B | G | B | G | B | B | G |
34 | B | B | G | G | B | G | B | B | G | B | G | G |
35 | B | G | B | G | B | G | B | G | B | B | G | B |
36 | B | G | B | B | B | G | B | B | G | G | G | G |
37 | G | G | B | G | G | G | B | G | B | B | G | B |
38 | B | B | G | G | B | G | G | B | G | G | B | G |
39 | G | G | B | G | G | G | B | G | B | B | G | B |
40 | B | B | B | G | B | G | B | G | B | G | G | B |
41 | G | G | B | G | B | B | G | G | B | G | B | G |
42 | B | G | G | B | B | B | B | B | G | B | G | B |
43 | G | B | G | G | B | B | B | G | G | G | B | B |
44 | B | G | G | G | B | G | B | B | G | B | G | B |
45 | G | B | G | B | G | G | B | G | B | G | B | G |
Wednesday, 29 August 2012
Monday, 6 August 2012
Kawan
Kalau rasa kita boleh jadi kawan jangan lupa FOLLOW saya... Tinggal jejak..InsyaAllah saya akan kunjung balas kawan2..
Dejavu di Kinabalu
ANDAI sebelum ini naskhah pengarah, Erma Fatima sering dilabel
'berat' seperti Tahajud Cinta atau Aku Bukan Maryam, kali ini buah
tangan terbaru tulisan dan arahan insan seni ini lebih ringan bertemakan
cinta.
Erma mengakui kali ini dia mahu meneroka dunia cinta dan tanpa disangka, dalam hati rupanya masih banyak kasih dan sayang yang tidak diluah malah dirasakan boleh menjadi bahan segar drama cinta.
“Kisah Dejavu di Kinabalu ini adalah sebuah drama yang ringkas dan
penuh rasa cinta. Istimewanya drama 28 episod ini tidak berpandukan
skrip sebaliknya hanya menggunakan treatment iaitu pelakon melontarkan
dialog secara spontan.
“Saya agak terkilan kerana banyak visual tidak dapat diambil. Malah beberapa orang penting produksi seperti jurugambar, pembantu pengarah, pengarah seni dan seorang pelakon tidak berdaya lagi naik ke atas membuatkan saya menggagahkan diri naik ke puncak,” katanya.
Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad mengakui pertama kali mendaki Gunung Kinabalu. Dia berjanji untuk kembali ke gunung tertinggi Asia itu bagi merakamkan lebih banyak visual menarik.
“Saya melihat kejayaan drama ini lebih kepada semangat produksi dan pelakon kerana tanpa mereka, ia akan menjadi drama yang gagal. Kami dapat daki Gunung Kinabalu pun disebabkan semangat untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.
Erma berkata, dia jatuh cinta kepada hero dan heroin drama arahannya kali ini iaitu Aqasha dan Tiz Zaqyah.
“Mereka cukup serasi dan saya teruja melihat mereka mampu menjadi pasangan yang begitu selesa di set penggambaran,” katanya.
Dejavu di Kinabalu mengisi slot Akasia. Drama bersiri ini menemui penonton setiap Isnin dan Khamis jam 7 malam, mulai malam tadi.
Naskhah terbaru Erma ini membariskan pelakon popular seperti Aqasha; Tiz Zaqyah; Nazim Othman; Aishah Ilias; Meor Ariff; Sharifah Nadia Yusnita; Rebecca Nur Islam dan Fadhilah Mansor.
Drama bersiri ini mengisahkan kehidupan Nadira selepas melalui proses pemindahan jantung dari seorang penderma organ. Kesan dari prosedur pemindahan jantung itu, tanpa disedari, Nadira menerima sebahagian daripada sifat penderma organ berkenaan.
Takdir kemudian menemukan Nadira dan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung terbabit. Pertemuan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah, membawa 1,001 kisah antara mereka berdua.
BIODATA: Erma Fatima
Nama: Fatimah Rahmad
Tarikh lahir : 14 Mac 1968
Status : Berkahwin
Suami : Badaruddin Azmi
Kerjaya: Pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis.
Anugerah :
Festival Filem Malaysia ke 7 - Pelakon Pembantu Wanita terbaik (1987)
Festival Filem Malaysia ke 9 - Pelakon wanita Terbaik (1991)
Festival Filem Malaysia ke 10 - Pelakon Wanita Terbaik (Watak Pembantu) (1992)
Festival Filem Malaysia ke 11 - Pelakon Wanita Terbaik (1994)
Filem (Lakonan) : Rozana Cinta 87; Kolej 56; Hantu Siang; Bintang Malam; Fantasia dan Hati Bukan Kristal.
Filem (Arahan) : Jimi
Asmara; Perempuan Melayu Terakhir; Embun dan Diva Popular Drama
TV/Telefilem (Lakonan) : Hello, Jangan, Sumaiyah, Haryati, Daerah
Syafiqah
Drama TV/Telefilem (Arahan) : Aku Anak Siapa; Mat Pizza; Selamat Pengantin Baru Datuk; Cinta SMS; Antara; Hanya Dikau; Ratu Jamu dan Pengantin Popular.
Teater : Hulu Melaka, Lantai T Pinkie, Mencari Juita, Mambo Horse
Pencapaian : Pengarah
Terbaik Festival Filem Pyongyang (2001) - Perempuan Melayu Terakhir,
Pelakon Wanita Terbaik FFM11 (Femina) - 1994, Pelakon Filem Pembantu
Wanita Popular BH/RTM - 1993, Pelakon Pembantu Terbaik FFM10 - 1992,
Pelakon Wanita Popular BH / RTM - 1991, Pelakon Wanita Terbaik FFM9
(Hati Bukan Kristal) - 1991 dan Pelakon Pembantu Wanita Popular BH/RTM -
1989, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM7 (Puteri) - 1987,
Erma mengakui kali ini dia mahu meneroka dunia cinta dan tanpa disangka, dalam hati rupanya masih banyak kasih dan sayang yang tidak diluah malah dirasakan boleh menjadi bahan segar drama cinta.
Saya melihat kejayaan drama ini lebih kepada semangat produksi dan pelakon kerana tanpa mereka, ia akan menjadi drama yang gagal. - Erma Fatima, Pengarah“Saya tidaklah rasa tertekan menyediakan skrip ketika penggambaran kerana apa yang penting adalah jadual. Kami berada di kaki gunung itu selama dua hari dan satu hari saja untuk mengambil visual puncak gunung. Itu pun cuma lebih kurang empat jam saja kerana waktu cukup terbatas.
“Saya agak terkilan kerana banyak visual tidak dapat diambil. Malah beberapa orang penting produksi seperti jurugambar, pembantu pengarah, pengarah seni dan seorang pelakon tidak berdaya lagi naik ke atas membuatkan saya menggagahkan diri naik ke puncak,” katanya.
Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad mengakui pertama kali mendaki Gunung Kinabalu. Dia berjanji untuk kembali ke gunung tertinggi Asia itu bagi merakamkan lebih banyak visual menarik.
“Saya melihat kejayaan drama ini lebih kepada semangat produksi dan pelakon kerana tanpa mereka, ia akan menjadi drama yang gagal. Kami dapat daki Gunung Kinabalu pun disebabkan semangat untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.
Erma berkata, dia jatuh cinta kepada hero dan heroin drama arahannya kali ini iaitu Aqasha dan Tiz Zaqyah.
“Mereka cukup serasi dan saya teruja melihat mereka mampu menjadi pasangan yang begitu selesa di set penggambaran,” katanya.
Dejavu di Kinabalu mengisi slot Akasia. Drama bersiri ini menemui penonton setiap Isnin dan Khamis jam 7 malam, mulai malam tadi.
Naskhah terbaru Erma ini membariskan pelakon popular seperti Aqasha; Tiz Zaqyah; Nazim Othman; Aishah Ilias; Meor Ariff; Sharifah Nadia Yusnita; Rebecca Nur Islam dan Fadhilah Mansor.
Drama bersiri ini mengisahkan kehidupan Nadira selepas melalui proses pemindahan jantung dari seorang penderma organ. Kesan dari prosedur pemindahan jantung itu, tanpa disedari, Nadira menerima sebahagian daripada sifat penderma organ berkenaan.
Takdir kemudian menemukan Nadira dan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung terbabit. Pertemuan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah, membawa 1,001 kisah antara mereka berdua.
BIODATA: Erma Fatima
Festival Filem Malaysia ke 7 - Pelakon Pembantu Wanita terbaik (1987)
Festival Filem Malaysia ke 9 - Pelakon wanita Terbaik (1991)
Festival Filem Malaysia ke 10 - Pelakon Wanita Terbaik (Watak Pembantu) (1992)
Festival Filem Malaysia ke 11 - Pelakon Wanita Terbaik (1994)
Subscribe to:
Posts (Atom)