Kekawanku

About Me

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Saya anakanda to ayahbonda,isteri kepada suami dan bonda kepada anakanda saya. Nampak senyap, tapi suka berkawan. Hidup senang hati

Saturday, 6 October 2012

Alhamdulillah..putera ke2 dilahirkan 5/10/2012

Alhamdulillah...selamat semuanya

Salam October kepada semua pembaca. Dah lama saya tak update blog. Dah sarat2..memang tak larat. Mana pulak asik kena ke hospital je. Yelah..patutnya due date 29/9, tapi bb tak juga nak keluar.
Semalam, seawal pagi..saya dah bersiap untuk ke Hospital Sg Buloh kerana ada appointment dengan Pakar. Katanya saya perlu induce kerana pada hari ini 5/10/2012 genaplah 40minggu, 6hari usia kandungan saya.
Namun..pada pukul 9am..sebelum ke hospital, saya dah mula rasa contraction yang kerap. Agak yakin..mungkin ini tanda2 saya akan bersalin hari ini.
Singgah ke rumah emak untuk menghantar anak sulong saya..hah..betul!!! Tak syak lagi.. Dah ada tanda turun darah.

Terus bergegas ke hospital.

Alhamdulillah..dalam pukul 1tghari saya selamat melahirkan putera ke2, 3.41kg secara normal.






2 comments: