Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Kekawanku
About Me
- Ainie Imani
- Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
- Saya anakanda to ayahbonda,isteri kepada suami dan bonda kepada anakanda saya. Nampak senyap, tapi suka berkawan. Hidup senang hati
Friday, 31 August 2012
Wednesday, 29 August 2012
Monday, 6 August 2012
Kawan
Kalau rasa kita boleh jadi kawan jangan lupa FOLLOW saya... Tinggal jejak..InsyaAllah saya akan kunjung balas kawan2..
Dejavu di Kinabalu
ANDAI sebelum ini naskhah pengarah, Erma Fatima sering dilabel
'berat' seperti Tahajud Cinta atau Aku Bukan Maryam, kali ini buah
tangan terbaru tulisan dan arahan insan seni ini lebih ringan bertemakan
cinta.
Erma mengakui kali ini dia mahu meneroka dunia cinta dan tanpa disangka, dalam hati rupanya masih banyak kasih dan sayang yang tidak diluah malah dirasakan boleh menjadi bahan segar drama cinta.
“Kisah Dejavu di Kinabalu ini adalah sebuah drama yang ringkas dan
penuh rasa cinta. Istimewanya drama 28 episod ini tidak berpandukan
skrip sebaliknya hanya menggunakan treatment iaitu pelakon melontarkan
dialog secara spontan.
“Saya agak terkilan kerana banyak visual tidak dapat diambil. Malah beberapa orang penting produksi seperti jurugambar, pembantu pengarah, pengarah seni dan seorang pelakon tidak berdaya lagi naik ke atas membuatkan saya menggagahkan diri naik ke puncak,” katanya.
Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad mengakui pertama kali mendaki Gunung Kinabalu. Dia berjanji untuk kembali ke gunung tertinggi Asia itu bagi merakamkan lebih banyak visual menarik.
“Saya melihat kejayaan drama ini lebih kepada semangat produksi dan pelakon kerana tanpa mereka, ia akan menjadi drama yang gagal. Kami dapat daki Gunung Kinabalu pun disebabkan semangat untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.
Erma berkata, dia jatuh cinta kepada hero dan heroin drama arahannya kali ini iaitu Aqasha dan Tiz Zaqyah.
“Mereka cukup serasi dan saya teruja melihat mereka mampu menjadi pasangan yang begitu selesa di set penggambaran,” katanya.
Dejavu di Kinabalu mengisi slot Akasia. Drama bersiri ini menemui penonton setiap Isnin dan Khamis jam 7 malam, mulai malam tadi.
Naskhah terbaru Erma ini membariskan pelakon popular seperti Aqasha; Tiz Zaqyah; Nazim Othman; Aishah Ilias; Meor Ariff; Sharifah Nadia Yusnita; Rebecca Nur Islam dan Fadhilah Mansor.
Drama bersiri ini mengisahkan kehidupan Nadira selepas melalui proses pemindahan jantung dari seorang penderma organ. Kesan dari prosedur pemindahan jantung itu, tanpa disedari, Nadira menerima sebahagian daripada sifat penderma organ berkenaan.
Takdir kemudian menemukan Nadira dan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung terbabit. Pertemuan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah, membawa 1,001 kisah antara mereka berdua.
BIODATA: Erma Fatima
Nama: Fatimah Rahmad
Tarikh lahir : 14 Mac 1968
Status : Berkahwin
Suami : Badaruddin Azmi
Kerjaya: Pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis.
Anugerah :
Festival Filem Malaysia ke 7 - Pelakon Pembantu Wanita terbaik (1987)
Festival Filem Malaysia ke 9 - Pelakon wanita Terbaik (1991)
Festival Filem Malaysia ke 10 - Pelakon Wanita Terbaik (Watak Pembantu) (1992)
Festival Filem Malaysia ke 11 - Pelakon Wanita Terbaik (1994)
Filem (Lakonan) : Rozana Cinta 87; Kolej 56; Hantu Siang; Bintang Malam; Fantasia dan Hati Bukan Kristal.
Filem (Arahan) : Jimi
Asmara; Perempuan Melayu Terakhir; Embun dan Diva Popular Drama
TV/Telefilem (Lakonan) : Hello, Jangan, Sumaiyah, Haryati, Daerah
Syafiqah
Drama TV/Telefilem (Arahan) : Aku Anak Siapa; Mat Pizza; Selamat Pengantin Baru Datuk; Cinta SMS; Antara; Hanya Dikau; Ratu Jamu dan Pengantin Popular.
Teater : Hulu Melaka, Lantai T Pinkie, Mencari Juita, Mambo Horse
Pencapaian : Pengarah
Terbaik Festival Filem Pyongyang (2001) - Perempuan Melayu Terakhir,
Pelakon Wanita Terbaik FFM11 (Femina) - 1994, Pelakon Filem Pembantu
Wanita Popular BH/RTM - 1993, Pelakon Pembantu Terbaik FFM10 - 1992,
Pelakon Wanita Popular BH / RTM - 1991, Pelakon Wanita Terbaik FFM9
(Hati Bukan Kristal) - 1991 dan Pelakon Pembantu Wanita Popular BH/RTM -
1989, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM7 (Puteri) - 1987,
Erma mengakui kali ini dia mahu meneroka dunia cinta dan tanpa disangka, dalam hati rupanya masih banyak kasih dan sayang yang tidak diluah malah dirasakan boleh menjadi bahan segar drama cinta.
Saya melihat kejayaan drama ini lebih kepada semangat produksi dan pelakon kerana tanpa mereka, ia akan menjadi drama yang gagal. - Erma Fatima, Pengarah“Saya tidaklah rasa tertekan menyediakan skrip ketika penggambaran kerana apa yang penting adalah jadual. Kami berada di kaki gunung itu selama dua hari dan satu hari saja untuk mengambil visual puncak gunung. Itu pun cuma lebih kurang empat jam saja kerana waktu cukup terbatas.
“Saya agak terkilan kerana banyak visual tidak dapat diambil. Malah beberapa orang penting produksi seperti jurugambar, pembantu pengarah, pengarah seni dan seorang pelakon tidak berdaya lagi naik ke atas membuatkan saya menggagahkan diri naik ke puncak,” katanya.
Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad mengakui pertama kali mendaki Gunung Kinabalu. Dia berjanji untuk kembali ke gunung tertinggi Asia itu bagi merakamkan lebih banyak visual menarik.
“Saya melihat kejayaan drama ini lebih kepada semangat produksi dan pelakon kerana tanpa mereka, ia akan menjadi drama yang gagal. Kami dapat daki Gunung Kinabalu pun disebabkan semangat untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.
Erma berkata, dia jatuh cinta kepada hero dan heroin drama arahannya kali ini iaitu Aqasha dan Tiz Zaqyah.
“Mereka cukup serasi dan saya teruja melihat mereka mampu menjadi pasangan yang begitu selesa di set penggambaran,” katanya.
Dejavu di Kinabalu mengisi slot Akasia. Drama bersiri ini menemui penonton setiap Isnin dan Khamis jam 7 malam, mulai malam tadi.
Naskhah terbaru Erma ini membariskan pelakon popular seperti Aqasha; Tiz Zaqyah; Nazim Othman; Aishah Ilias; Meor Ariff; Sharifah Nadia Yusnita; Rebecca Nur Islam dan Fadhilah Mansor.
Drama bersiri ini mengisahkan kehidupan Nadira selepas melalui proses pemindahan jantung dari seorang penderma organ. Kesan dari prosedur pemindahan jantung itu, tanpa disedari, Nadira menerima sebahagian daripada sifat penderma organ berkenaan.
Takdir kemudian menemukan Nadira dan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung terbabit. Pertemuan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah, membawa 1,001 kisah antara mereka berdua.
BIODATA: Erma Fatima
Festival Filem Malaysia ke 7 - Pelakon Pembantu Wanita terbaik (1987)
Festival Filem Malaysia ke 9 - Pelakon wanita Terbaik (1991)
Festival Filem Malaysia ke 10 - Pelakon Wanita Terbaik (Watak Pembantu) (1992)
Festival Filem Malaysia ke 11 - Pelakon Wanita Terbaik (1994)
Jangan lupa service kenderaan anda menjelang festival Syawal
Oleh kerana hari ni public holiday di Selangor sempena Nuzul Alquran..maka saya ambil kesempatan awal bawa kereta g service.
Make sure kereta kita selamat untuk perjalanan raya nanti. Jangan berlengah. Jangan nak jimat tak kena tempat..
Pastikan pemanduan yang cermat, berhemah nanti. Jangan racing sakan. Tak kemana kampung yang kita tuju tuh. Ingatlah orang2 yang tersayang

Semoga dengan doa naik kenderaan ini sahabat akan gunakannya nanti.
Doa Naik Kenderaan Darat ( Kereta, basikal, motosikal, van dan lain-lain)
Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami,
sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami
kembali.
NUZUL ALQURAN
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).
So pada hari ini beberapa negeri sedang bercuti bersempena dengan sambutan NUZUL AL QURAN
BILA DAN BAGAIMANA
AL-QURAN DITURUNKAN
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah,
termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran
yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran
diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13
tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua
pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada
malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat
yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal,
manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah
Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah
lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya
pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya.
Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai
sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada
tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat
41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada
Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami
(Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya
dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…"
(TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya
dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan
penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan
perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut).
" Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh
sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima
untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak
yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang
sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut,
yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya
Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah
pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di
dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih
tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam
21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah
ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang
diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut
di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul
Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan
ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi
secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan
(diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5
surah Al-'Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi
saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan
ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah
ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah
Al-Baqarah.
FUNGSI AL-QURAN
Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:Pertama: Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad saw.Al-Quran inilah bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, dan bukan ucapan atau ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran tingkat tertinggi fashahah dan balaghahnya.Hal ini tidak lain adalah kerana Al-Quran sememangnya adalah suatu mukjizat (yang mustahil dapat ditandingi). Jika kita meneliti ayat-ayat cabaran yang Allah SWT wahyukan di dalam Al-Quran daripada sudut dan konteksnya sebagai suatu mukjizat, maka kita akan dapati bahawa Rasullulah saw telah mencabar orang-orang Arab agar mereka menandingi kehebatan Al-Quran di dalam tiga peringkat (rujuk Manna' Khalil Al Qatthan, Studi Ilmu-ilmu Qu'ran, hal 372):
-
Cabaran peringkat pertama. Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya. "Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (TTQ 17 : 88)
-
Cabaran kedua. Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya: Bahkan mereka mengatakan "Muhammad telah membuat-buat Al-Quran." Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah" (TTQ 11 : 13-14)
- Cabaran ketiga. Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya: "Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya" (TTQ 10 : 38) Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya: "Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…" (TTQ 2 : 23 )
Kedua: Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum politik negara (Al-Hukm), sosial (Ijtima'i), pendidikan (Siyasah Ta'limiyah), pidana (Hudud), pengadilan (Uqubat), akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya. Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya sesuai dan memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Dan keberkesanan dan kemampuan syariat Islam dalam menangani segala aspek permasalahan manusia ini sememangnya tidak dapat dinafikan kecemerlangannya.
Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi. Inilah yang akan terjadi di masa hadapan, insyaallah! Sebab, kesejahteraan hidup yang dikecapi umat manusia dan keadilan yang mereka rasakan lantaran diterapkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah melalui Al-Quran dan Sunnah di bawah kepimpinan khalifah, (Khilafah 'ala minhajin Nubuwwah) menjadi daya penarik yang paling dominan terhadap umat-umat dan bangsa-bangsa non-muslim untuk meninggalkan sistem hidup dan perundangan mereka yang rapuh dan usang, serta kezaliman para penguasa mereka yang hanya mementingkan kelompok dan partinya sahaja.
Bangsa-bangsa non muslim itu akan secara beramai-ramai masuk Islam setelah mendengar dan melihat sendiri kesejahteraan hidup dibawah naungan syariat Islam (TTQ An-Nashr). Sudah semestinya hal ini tidak seperti yang telah digambarkan di dalam propaganda palsu para pembenci Islam. Juga setelah adanya jihad yang dilancarkan para mujahidin ke negeri-negeri (orang-orang kafir) untuk melepaskan belenggu-belenggu yang selama ini memasung kehidupan mereka. Bahkan mereka yang kufur akan dapat menyaksikan sendiri keindahan dan kemanisan kehidupan di bawah penerapan sistem Islam di dalam masyarakat yang hidup di bawah naungan khilafah, dengan mengunjungi negeri tersebut.
sumber dari alazim.com
Subscribe to:
Posts (Atom)